

Wednesday, April 21, 2010
LABUKU PECAH......

Tuesday, April 20, 2010
MUFFIN NESTUM

Petang semalam sempat lagi menggodek bahan nak buat muffin...muffin ni ibu ubahsuai sikit ikut barang yg ada kat dapur.nak bagi cepat laku...letak inti coklat yg dipam masuk kedalam badan muffin tu...dapat jugak la buat bekal anak-anak pegi sekolah
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
2 cawan 3in nestum ( ibu guna perasa baru...apple dan cranbery )
1 cawan gula
2 sudu besar baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 cawan susu segar
1/2 cawan minyak
2 biji telur 'A'
2 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
-gaul semua bahan kering
-dalam mangkuk lain campur semua bahan basah termasuk telur...guna hand wisk
-masukkan bahan kering...gaul sebati
-panaskan oven..masukkan adunan kedalam papercup..jgn penuh sangat ye..3/4 bahagian je
-bakar selama 20 minit dengan suhu 180 C
-dah sejuk baru pamkan coklat tu...

Monday, April 19, 2010
RENDANG PEDAS PUCUK UBI

Bahan-bahan
seikat pucuk ubi
1/2 cawan pati santan
1 cawan air
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
sedikit halia
serai di ketuk
1 sudu teh kerisik
1 sudu besar cili boh
sedikit cili api ( kalau nak rasa pedas lah )
daun kunyit
serbuk kunyit
asam keping
ikan bilis
Cara-cara
-pucuk ubi tu di basuh kemudian di hiris pastu dibiarkan kena udara lebih kurang sejam...tujuannya nak hilangkan racun yg ada pada pucuk ubi tu
-rebus pucuk ubi tu..hingga separuh masak dan tuskan
-bawang merah,putih,halia dan daun kunyit dihiris-hiris
-dalam kuali..masukkan bahan yg dihiris, santan,air,cili boh,cili api,serbuk kunyit ngan ikan bilis.
-masukkan juga pucuk ubi tabi...masak hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 10 hingga 15 minit.masukkan asam keping dan garam serta kerisik
-perasakan asam garamnya...
-masak hingga kuah pekat...bila cukup rasanya bolehla diangkat...
haaaa...ini kambing pun terkejut tengok...tak sangka dia...bleh buat rendang benda alah ni..
HARI PUTERI DAERAH 2010
Ni la dianya yg buat ibu bizi berminggu-minggu lamanya...nak buat persediaan diperingkat daerah lagi...nak latih budak lagi..tapi al-hamdulillah....berbaloi gak...ada yg dapat tempat...paling ok..kakak dapat tempat pertama bg pertandingan buku log...dan akan mewakili daerah ke peringkat negeri di Pasir Salak Resort awal mei nanti

sekolah ibu sapu bersih Tempat kedua bagi pertandingan kraftangan kuaci, buku skrap dan penulisan kraetif.Membalut luka dapat tempat keempat.
kakak masa ambik hadiah...terkelabu la plak gambar tu...tp dah takde gambar lain...buh juga lah...

sekolah ibu sapu bersih Tempat kedua bagi pertandingan kraftangan kuaci, buku skrap dan penulisan kraetif.Membalut luka dapat tempat keempat.

SAYUR CENDAWAN
Pernah tengokkan tumbuhan ni.... cendawan....cendawan apa tak tau la ...tapi sedap kalau buat sayur air...n3 ni 2 minggu lepas punya...kebetulan ada orang datang jual kat tepi pagar sekolah...pakat pulun beli...

selalunya inilah resepinya bila beli cendawan ni...tak buat benda lain dah...buat sayur air ni pun dah sedap..minhal kata mcm rasa ayam...
Bahan-bahan
cendawan - dicuci bersih
ikan bilis
bawang
sedikit lada hitam
garam
air
daun kunyit
Cara-cara
-hiris bawang...dalam periuk satukan air,bawang , ikan bilis
-jerang hingga mendidih
-masukkan cendawan,daun kunyit,lada hitam dan garam
-biar mendidih...perasakan garamnya
-dah ok bolehla padamkan api dapur dan hidangkan


Bahan-bahan
cendawan - dicuci bersih
ikan bilis
bawang
sedikit lada hitam
garam
air
daun kunyit
Cara-cara
-hiris bawang...dalam periuk satukan air,bawang , ikan bilis
-jerang hingga mendidih
-masukkan cendawan,daun kunyit,lada hitam dan garam
-biar mendidih...perasakan garamnya
-dah ok bolehla padamkan api dapur dan hidangkan
Friday, April 16, 2010
Monday, April 05, 2010
NASI GORENG BUNGA KANTAN

Bahan-bahan
3 cawan nasi
1 tin kecil sardin dlm tin ( kalau nak guna mackerel pun bleh tp isinya payah nak hancur )
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
cili api
bunga kantan hiris halus
kek ikan
sedikit kiub ayam
Cara-cara
-hiris bawang merah dan bawang putih....tumis hingga kekuningan
-masukkan sardin..kiub ayam...hancur-hancurkan kemudian masukkan kek ikan
-masukkan nasi..gaul rata....bila bahan dan sebati ngan nasi masukkan bunga kantan dan cili api...
-perasakan ngan garam dan goreng hingga masak.
APAM PISANG
resepi yg teramatla mudah..dan cepat....ibu ambik dari myresepi...sapa punya ye???? tak ingat la........

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
8 biji pisang emas saiz besar
1 cawan minyak
1 1/4 brown sugar
2 biji telur
esen vanilla
Cara-cara
-blender sekali pisang..minyak..baking powder..soda..brown sugar..telur dan esen hingga lumat.
-masukkan ke dalam mangkuk besar dan kacau dengan tepung sikit-sikit hingga habis dan sebati.
-masukkan dalam loyang dan kukus selama 45 minit
tak tau la plak kenapa tak nampak urat-urat pisang tu..sebab dah blender lumat kot..

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
8 biji pisang emas saiz besar
1 cawan minyak
1 1/4 brown sugar
2 biji telur
esen vanilla
Cara-cara
-blender sekali pisang..minyak..baking powder..soda..brown sugar..telur dan esen hingga lumat.
-masukkan ke dalam mangkuk besar dan kacau dengan tepung sikit-sikit hingga habis dan sebati.
-masukkan dalam loyang dan kukus selama 45 minit

MEE JAWA

Al kisah mee jawa ni ibu buat petang jumaat lepas...lepas solat jumaat baru ayah bgtahu yg Tok Esah ngan Tok Wan nak datang..bukan apa sebenarnya nak ke kajang jd transit la kat tapah dulu...issshhhh bapak mentua ibu ni sejak dah boleh drive jauh ni..kejap2 je dah sampai depan pintu...siap merempit lagi...kalau tak ibu nak goreng je mee ni...apapun kita layan dulu resepi...mee tu pulak ada kawan bg..mee muslim punya
Bahan-bahan Kuah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1/4 cawan udang kering
15 tangkai cili kering
* bahan di atas dikisar lumat
2 batang serai dititik
300 gm daging direbus empuk..ambil stoknya
2 sudu besar rempah kari daging
4 hingga 5 biji ketang rebus yg dilecek
air secukupnya
garam dan asam keping
Bahan-bahan Lain
Mee yg dicelur
Telur rebus
Daging yg dihiris nipis
Tauhu goreng
Kek dan bebola ikan
Sawi dan tauge yg di celur
Cili Muda
Bawang goreng
Cara-cara
-Tumis bahan yg dikisar hingga naik bau
-masukkan serai dan rempah kari..kacau seketika
-masukkan stok daging dan juga air ...biar mendidih masukkan asamkeping
-campurkan kentang lecek agak2 kepekatan yg dikehendaki ( kalau kentang habis tp tak pekat..campur sikit ngan tepung jagung )
-biarkan mendidih dalam sepuluh minit
-perasakan garamnya.
-bila ok bleh la dihidang bersama dgn bahan2 lain
esoknya..balik dari kajang ibu singgah rumah mak ndak..ala lupa nak snap apa yg mak ndak masak...bukan apa..dah ada kemajuan sikit sejak kahwin ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)