Sunday, August 22, 2010

NASI SERAI SERI WANGI

arini buat nasi serai seri wangi ..sesetengah kata nasi beringin..ibu ambik kat majalah rasa edisi terbaru ni..tapi ibu tokok tambah ckit biar lagiiiiiii sedap...

bahan-bahan
3 cawan beras basmathi...basuh bersih dan rendam 30 minit
1 biji bawang besar saiz sederhana
4 ulas bawang putih
1 inci halia
4 batang serai dibelah dua dan dititik
3 sudu besar minyak
sedikit lengkuas
sedikit kiub ayam
bunga lawang dan buah pelaga

Cara-cara
-bawang besar,bawang putih ngan halia dihiris
-tumis bahan yg dihiris bersama serai..bunga lawang dan buah pelaga juga lengkuas
-bila dah naik baunya masukkan kiub ayam juga sedikit air
-masukkan beras kedalam rice cooker beserta bahan yg ditumis tadi
-masukkan air mengikut sukatan yg diperlukan
-letakkan sedikit garam
-kacau agar ramuan sebati
-biar hingga nasi masak
-jika suka masukkan pewarna kuning apabila nasi sudah masak untuk menambah seri
sesuain dihidang bersama kari daging..papedom ngan pajeri bombay...

PAJERI BOMBAY

Bahan-bahan
Nanas ( saiz kecil .... cukup untuk 2 @ 3 orang makan je )
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih

1 inci halia
1 sudu kecil biji sawi
bunga lwang dan kulit kayu manis
garam dan gula
sedikit air
cili masak ( optional )

Cara-cara
-nanas dipotong ikut kreativiti masing-masing
-bawang beasr.bawang putih dan halia dihiris
-panaskan kuali...tumis bahan yang dihiris bersama bunga lawang dan kulit kayu manis hingga naik bau
-masukkan nenas dan biji sawi serta sedikit air
-bila nenas agak lembut masukkan garam dan gula...bila sesuai rasanya masukkan cili masak yg dipotong-potong
-boleh diangkat dan dihidangkan

CUCUR UDANG

Menu berbuka semalam...Cucur Udang ngan Sambal Sotong Kering...bukan cucur udang cicah ngan sambal sotong tu..cucur udang biasala ayah mesti nak cicah ngan kuah kacang..tak larat la nak membebel lama2....layan resepi lahhhhh

CUCUR UDANG
Bahan-bahan
RM5 udang putih
2 cawan tepung gandum
sebiji telur
sedikit air
kucai dan taugeh
lada sulah dan garam
Cara-cara
-masukkan semua bahan dan gaul biar sebati...kalau suka bleh la nak letak serbuk kunyit
-adunan tidak terlalu cair atau terlalu keras...
-biarkan adunan sejam sebelum digoreng
KUAH KACANG
Bahan-bahan
2 cawan kacang tanah - digoreng dan ditumbuk kasar
sebatang serai
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
segenggam udang kering
sedikit belacan
bunga lawang dan kulit kayu manis
garam dan gula
2 sudu besar cili giling
air secukupnya
Cara-cara
-kisar serai ..bawang..udang kering ngan belacan
-panaskan periuk..tumis bahan kisar hingga kekuningan...masukkan bunga lawang ngan kulit kayu manis serta serai...tumis hingga bahan agak garing
-masukkan cili giling....tumis lg hingga cili masak
-masukkan kacang dan air serta gula...biar mendidih
-perasakan garam dan gulanya....
-biar hingga kuah pekat
BAHAN SAMPINGAN
timun..tempe goreng...fishcake ngan sengkuang

SAMBAL SOTONG KERING



Bahan-bahan
100g sotong kering - rendam 2 jam untuk melembutkannya
2 sudu besar cili giling
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sebatang serai
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
gula dan garam
sedikit air
Cara-cara
-kisar bawang dan serai hingga lumat
-tumis bahan kisar hingga kekuningan kemudian masukkan cili giling
-tumis hingga cili hingga masak atau naik minyaknya
-masukkan sotong dan air..biar dalam 5 minit
-masukkan cili sos..kicap..garam dan gula..kacau biar rata dan biar lagi 8 hingga 10 minit
-bila kuah agak pekat bleh la dipadamkan api dapur tu...
-sebelum tu jgn lupa perasakan dulu garam dan gulanya..

Saturday, August 21, 2010

AIR SOYA

Baru kejap ni habis buat air soya...memang kegemaran anak-anak ibu...bulan puasa ni mesin soya ibu yg dah banyak berjasa tu mmg kerja keras ckit....mmg boleh beli yg dah siap..rm2 je sebungkus..tapi puas hati bila buat sendiri..pekat dan tahu tahap kebersihannya...
dari malam tadi ibu rendam kacang soya ni....kalau tak ckup kembang nanti rasanya tak sedap...bau macam mentah je bila diproses nanti..
ni laaa mesin soya ibu yang comel ni....

Wednesday, August 18, 2010

MEE REBUS UTARA

Hari ni mee pun buat..nasi pun masak...mee hari ni ibu buat mee rebus utara ngan fruit salad..untuk sapa yg nak makan nasi..lauknya rendang ayam.yang ibu nak masukkan n3 kat sini...Mee Rebus Utara ngan Fruit Salad....rendang ayam tu dah biasa dah kannnnnn.
Mai kita tengok resepi dia....

Bahan-bahan
300gm daging ...direbus empuk dan ambil stoknya
6 biji bawang merah
3 ualas bawang putih
sebatang serai ...dititik
1/2 cawan udang kering
2 sudu besar cili giling
ubi kentang dan ubi keledek rebus ...dikisar halus dengan air untuk dijadikan bahan pemekat
garam
gula
asam keping
air secukupnya
*mee yg di celur ,telur rebus , sayuran , fishcake , hirisan daging , tauhu goreng , bawang goreng dan cili hijau.

Cara-cara
-kisar bawang merah,bawang putih dan udang kering
-tumis bahan kisar hingga wangi ... masukkan serai dan cili giling
-biar hingga naik minyak....masukkan gula , garam , asam keping dan stok daging
-bila mendidih masukkan ubi yg telah dikisar serta air ( ikut kepekatan yg dimahukan )
-biar mendidih selama 5 minit
-perasakan asam , garam dan gula...bila dah sesuai rasanya boleh lah diangkat dan dituang keatas bahan * yg dilatakkan didalam mangkuk.

FRUIT SALAD

Senang sangat nak buat ni....potong-potong...campak pastu gaul....nak sedap letak dlm peti ais dulu...lagipun benda-benda camni mmg sedap kalau dimakan sejuk..tambah-tambah tekak panas seharian berpuasa...cuba la...
Bahan-bahan
Buah-buahan ( elakkan dari jenis yg mudah berair )
Mayonis unt salad buah-buahan
garam dan gula
kismis ( optional )

Cara-cara
-buah-buahan dipotong..ikut kehendak masing-masing
-masukkan dalam bekas agak besar untuk menggaul
-masukkan mayonis, garam dan gula secukup rasa
-gaul sebati dan sejukkan...

Monday, August 16, 2010

MENU HARI KE-6

Hari ni semuanya menu ulang tayang.....tapi.....semuanya licin ...sebab bulan puasa kot...buat apapun bleh habis..janji jangan membazir..sapa-sapa nak tau resepi blek klik kat bawah...
KARI KEPALA IKAN....resepi ibu cedok kat myresepi sebab tengok mengancam je dan agak lain sikit pada yg lain....sapa-sapa nak cuba boleh la ......klik sini ni plak resepi asian twist pie aka giant puff...tapi kali ni tak besar sngat saiz dia sbb ibu potong dua kulit paratha tu.....nak cuba klik sini

Saturday, August 14, 2010

UDANG MASAK SIRSAU

Sebenarnya masih duk rasa sejuk-sejuk lagi...walau rasanya demam tu dah kebah...ayah pun kata tak yah masak..beli je kat pasar ramadhan petang nanti.tapinya bila jam menginjak ke pukul 3.30 ..hujan turn selebat-lebatnya....camna ni....last-last ibu bangun kerobek la apa yg ada dlm peti ais tu..akhirnya ada la jugak juadah berbuka dari org demam ni....udang masak sirsau...talapia percik ngan kuih cara.

resepi udang masak sirsau ni ibu copy dari majalah RASA keluaran Disember 2006...senang je...tak yah masuk majalah pun bleh buat

Bahan-bahan
1/2 kg udang
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 sudu teh asam jawa
1/3 cawan air
garam
serbuk kunyit
kacang panjang dan cili api ( optional )
Cara-cara
-bersihkan udang ... gaul dengan garam dan kunyit pastu goreng dan ketepikan dulu
-bawang besar,bawang putih ngan halia dihiris nipis
-tumis bahan yg dihiris tadi hingga kekuningan..masukkan udang..asam jawa..garam dan air
-kacau biar rata kemudian masukkan kacang panjang dan cili api
-masak sebentar ( agak kacang panjang dah layu )
-tutupkan api dan bleh la dihidangkan

TALAPIA PERCIK

Bahan-bahan
2 ekor ikan talapia ( dicuci bersih )
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sehiris kecil lengkuas
garam
1/2 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar cili boh
2 sudu kecil gula
1/2 cawan santan pekat
sedikit gula melaka


Cara-cara
-semua bahan kecuali gula, gula melaka dan santan dikisar @ ditumbuk lumat
-perapkan ikan dengan bahan yang dikisar tadi lebih kurang 1 jam
-ikan dibakar...sebelum dibakar pastikan bahan perapan dikikis sedikit agar jgn terlalu tebal menyalut ikan
-bakar hingga ikan masak
-bahan lebihan perapan dimasukkan kedalam periuk bersama-sama dengan santan,gula dan gula melaka.
-biar hingga mendidih...perasakan garam dan gulanya
-masak hingga kuah pekat
-tuangkan kuah keatas ikan apabila menghidangkannya.

KUIH CARA BERLAUK


Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
air ( ikut kecairan adunan yg sesuai...biasanya dipengaruhi oleh kualiti tepung )
garam
sebiji telur
** ada sesetengah resepi masukkan santan tetapi ibu tukar ngan 1 sudu besar minyak tanpa kolestrol .

Cara-cara
-masukkan semua bahan dan kacau hingga sebati
-nota: air masukkan sikit-sikit supaya adunan tak terus cair
-bakar dlm acuan
-masukkan inti dan biar hingga masak

** inti ibu guna serunding ikan...kalaun sapa - sapa rajin bleh buat inti sendiri..

NASI BERIANI

Salam semua....selamat berpuasa...ibu plak 3 hari terawal ramadhan ni..demam la plak..habis sakit2 badan.alhamdulillah arini bleh bangun ckit.Nasi beriani ni ibu wat masa bukak puasa hari pertama ramadhan...masa tu tak berapa teruk sangat...tk tau pun demam cuma rasa tak sihat je...rupanya esok tu lagi tak larat...ari ketiga kat sekolah pun ibu tibai tido je...issshhhh panjang lak membebelnya...balik pada resepi ni...ibu guna resepi nasi beriani udang yg ibu pernah buat...udang tu ganti je ngan kiub ayam...
makan ngan jelatah...ayam goreng rempah...dalca dan papedom....sambung lain kali lah ek...nak tido la....tak larat dah...

Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA

semoga kita semua dapat menghayati serta menginsafi diri dalam kehadiran Ramadhan yang mulia ini.Semoga kita dapat mendekatkan diri kepadaNya serta meraih rahmat dan berkat dari Allah...


Monday, August 09, 2010

Friday, August 06, 2010

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Majlis ni berlangsung semalam di MRSM Kampus Tun Abdul Razak ,Trolak Jaya ...Dulu ambik Apc takde sapa teman...lepas ambik terus drive jumpa ayah ( masa tu ayah tgh study lg ) sbb nak bg ayah yg pertama tengok sijil ibu tu....
Kali ni ambik APC...sepanjang majlis ayah ada....malah sijil tu ayah yg printkan...maknanya ayah tengok dulu sebelum ibu....itulah rezeki namanya...
apapun terimakasih pada ayah kerana bagi sokongan yg padu atas apa yg ibu lalui...segala rezeki yg kita terima ...kita bersyukur kepadaNya..bukan untuk di banggakan tetapi dijadikan perangsang untuk lebih maju...insya Allah.