Ikan patin ni pada Ibu sedap kalau dibuat gulai tempoyak.Oleh kerana husband Ibu tak makan tempoyak malah tak bleh ada bau tempoyak maka Ibu buatlah asam pedas
Bahan-bahan
-Ikan Patin di potong-potong
-2 sudu besar cili giling
-sedikit belacan
-5 ulas bawang merah *
-2 ulas bawang putih *
-air asam jawa
-garam dan gula
-sedikit kunyit serbuk
-bunga kantan dan daun kesum
* bahan ditumbuk halus
Cara-cara
-Tumis bahan yang ditumbuk hingga kekuningan.
-masukkan cili giling dan kunyit serbuk.Tumis sehingga naik minyak.
-masukkan ikan, air asam jawa serta secawan air.Biar hingga mendidih.
-perasakan dengan garam dan gula.Letakkan bunga kantan dan daun kesum.
-Ibu masukkan timun sekali..biar mendidih selama 3 minit.
-boleh lah dihidangkan.
Ibu belajar buat asam pedas ni..masa duduk Johor dulu.Tq pada kengkawan di STM2 terutama Kak Pidah ngan Zimah.
No comments:
Post a Comment