selesai menggoreng..sejukkan sekejap..pastu sempat plak mendekor kat atas donut tu...bukan apa sangat..cuma nak bagi nampak lagi menawan...ala-ala dunkin donut...
tengok la my only one hero tengah posing dengan donut cantik ...hi..hi..hi..anak-anak la yg cakap...apapun bleh salin resepi yg ibu ambik dari blog hana...kat blog cik mat gebu pun ada.....
bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar gula halus
3 sudu besar shortening
200 ml air suam
2 sudu kecil yis kering
20 ml air ( jika perlu )
cara-cara
-bancuh yis dengan air suam dan biarkan seketika
-campur tepung, susu tepung, gula halus dan shortening dalam mangkuk
-masukkan bancuhan yis dan uli adunan hingga lembut dan tidak melekit
-terap dengan acuan dan biar naik 2 kali ganda ataupun 30minit
-goreng dengan api sederhana hingga kekuningan.
No comments:
Post a Comment