Saturday, December 04, 2010

CHOC ALMOND COOKIES

Seharian hari ni..dari subuh sampailah ke malam....hujan tak berhenti..kain tak leh jemur...nak kemana pun tak jadi....tak pelah..memang disuruh duk rumah....habis kemas rumah ( tak lah 100% habis..) teringin plak nak buat cookies...so sambil2 tengok tv tu tangan pun buat keje jugak lah...
Bahan-bahan
400gm tepung gandum
250gm gula halus ( ibu kurangkan jadi 200gm je..gula mahal wehhhhh... )
250gm mentega
50gm serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh coklat emulco
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
200gm badam cincang ( dipanggang sekejap )

Cara-cara
-ayak tepung, serbuk koko dan soda ke dalam mangkuk
-putar mentega dan gula hingga kembang dan gebu
-masukkan telur dan esen vanilla serta coklat emulco
-masukkan sedikit demi sedikit bahan yang telah diayak
-akhir sekali masukkan badam cincang.
-bentukkan adunan mengikut kreativiti masing-masing
-bakar dengan suhu 180C selama 20minit.
-sejukkan sebelum disimpan

dah siap nak hantar kat jiran sebelah......

No comments: