
Ni hasilan kedua..namanya 'manik insang pari '....buat kat baju Ibu..
Tengokla...Paksu dapat bergambar ...posing habisss...
Bahan Kulit
Ni kuih raya Ibu yang ke-3..kejap je buatnya tambahan pulak tadi pakai pembantu..najla ngan ayahnya menolong sama mengisi ke dalam paper cup..siap....
Ni pun ambil kat blog Cik Mat...sebelum ni ada try buat guna resepi orang lain..tapi shorbreadnya jadi liat la plak..buat yang ini..ok..sedap
Resepi ni Ibu ambil kat Blog Cik Mat...memang ok..dah banyak kali Ibu buat guna resepi Cik Mat niTQ Cik Mat atas resepi sedap ni..

Ni la kawan Ibu tu...Chuin ngan Abi ( husband dia...nama betulnya Rizal..tapi kitaorang ikut anak dia panggil..abi pun abilah..)

Dan...yang kat bawah ni..gambar ramai-ramai depan Dealova tu...mana Ibu haaa...
Bye Chuin...dipanjangkan umur..dan dimurahkan rezeki oleh Allah..Insya Allah kita jumpa lagi..
Benda ni Ibu panggil Lesung Batu..Ni lah mesin pengisar Ibu.Selalunya memang pakai lesung ni..jarang guna blender.Tengokla kat bawah dia tu..dah sompek..jatuh masa pindah randah dulu.Minggu ni Ibu tak masak rasanya..juadah berbuka beli kat pasar ramadhan je..Ibu nak mula buat kuih raya..buat sikit-sikit..tak larat nak mengadap satu hari suntuk lama-lama depan tepung-tepung tu...jadi buatla sikit-sikit..nanti dah siap Ibu tampal kat sini..
Ikan patin ni pada Ibu sedap kalau dibuat gulai tempoyak.Oleh kerana husband Ibu tak makan tempoyak malah tak bleh ada bau tempoyak maka Ibu buatlah asam pedas

Balik sekolah semalam tengok kat belakang rumah..mak aiii pokok terung rembang tengah banyak buahnya..boleh la Ibu buat sambal dengan ikan bilis..Ibu pun kutip sambil ditemani si Abang .Nasib baik la ada pokok ni tumbuh kat belakang rumah..kalau nak beli kat pasar ni sepiring 50 sen.kalau dihitung yang ibu kutip ni rasanya kalau dihitung hampir 3 ringgit.





Hari ni masak ayam panggang rempah..separuh masa pertama ibu guna oven pastu rasa lambat la plak..keluarkan si ayam tu dari oven masuk dalam microwave ( betul ke ejanya ni.. )..cepat sikit.

Pagi ni buat sup telur..selera sikit Minhal Kazim..Najla tetap dengan serunding.

Sup Telur
bahan-bahan:
Sebiji Telur ( gred apa pun takpe )
2 ulas bawang putih - tumbuk lumat sedikit
halia - tumbuk lumat
1/2 potong kek ikan
2 biji bebola ikan
secubit kiub pati ikan bilis
1/2 sudu makan minyak masak
4 biji cili api ( tak letak pun bleh )
1 sudu besar hirisan lobak merah
2 cawan air
garam
cara-cara:
-panaskan minyak..tumis bahan tumbuk ( tumbuk le sebab pakai lesung batu )dan kiub ikan bilis-dah naik bau masukkan air..biar mendidih
-pecahkan telur ( hati-hati jagn sampai kuningnya pecah..nanti tak sedap )
-agak telur hampir masak masukkan kek ikan dan bebola ikan serta lobak merah-biar mendidih dalam 3 minit..suaikan rasa dengan garam
-angkat dan hidangkan
Tapi...yang paling menyelerakan pagi ni ialah...PEKASAM..pekasam ni Uncle Zizan bagi ( suami Kak Roslina ) dia buat sendiri.Bertambah nasi sahur pagi ni..

